Friday, March 2, 2012

Kenapa perempuan perlu pakai tudung?

 

Assalamualaikum ^-^

   Ghehe,menghabiskan masa menulis kat blog before start tidoq depan buku..mid-term next week ! Tapi xpa la, nak cari keja sikit. mata pun dah start rasa kuyu nak tertutup ni..
 
 
  Situasi:

 
  Seorang anak bertanya kepada ayahnya..

  "Dad,awatnya Mimi kena pakai tudung?Daddy tak pakai pasaipa?Panaih la daddy.."

  Daddy nya pun menjawab.."Mimi,hukum Allah tak boleh buat main naa..Tak payah nak tanya-tanya pasaipa pompuan kena pakai tudung laki tak..Dia aturkan semua tu bersebab.."

lagi

  "Tapi tak adil la kalau lagu tu..Mimi pun nak jugak macam daddy..malaih la nak pakai tudung ni semua"

  "Mimi pernah tak dengaq nama Abu Nawas?Pelawak Arab?"

  "Tak pernah la daddy..awatnya?"

  "Ha,kalau Mimi tak pernah dengaq ni daddy nak habaq sikit..cita dia lagu ni.."

  :Waktu siang yang panas, Abu Nawas sedang duduk beristirehat di bawah pohon kedondong. Dia juga melihat buah kedondong tumbuh di atas pohon yang besar.

  "Terkadang aku tidak memahami ciptaan Tuhan!Buah kedondong yang begitu kecil tumbuh di atas pohon yang besar dan labu yang begitu besar tumbuh di atas tanaman yang kecil!"

  Saat itu buah kedondong lepas dari tangkainya dan jatuh di atas kepala Abu Nawas.Dia terkejut dan lantas berdiri,menadah tangan sambil berkata, "Wahai Tuhanku!Ampunilah aku yang mempersoalkan cara-Mu.Engkau sungguh bijaksana.Apa akan adi padaku jika labu itu yang jatuh di atas kepalaku.":    <dipetik dari buku Tanyalah Dia Abu Nawas>

  "La ni Mimi dah paham apa yang daddy cakap tadi?Sesungguhnya setiap yang Allah aturkan tu pasti ada sebabnya yang tak akan merugikan kita.."

"Ya daddy..Mimi dah paham..lepaih ni Mimi takkan mempersoalkan apa-apa cara Allah lagi.."

"Moga Allah ampunkan dosa kita yang telah lalu,sekarang dan yang akan datang.."

 

Amacam ok x?Bagi sapa2 yang pernah terfikir macam tu jangan fikir sekali lagi..Beragak la kot ya pun nak think out of the box..Tapi bila dah bertudung tu mesti ikut syaratnya..tudung bukan sekadar fesyen naa..

.:: ILHAM DARI TALK IM HASAN ADLI ::.

No comments: