Tuesday, March 6, 2012

saat mata terpejam

 

Assalamualaikum..

 

Jarum jam menginjak ke angka empat . berlalu meninggalkan waktu . daku kegelisahan di tempat beradu . mata terpejam rapat . aku pasti boleh melakukannya . tapi … ARGH ! tidak ! mengapa begini kesudahannya ? awat susah sangat nak tidoq ni ha ? bukan aku raja tidoq ka selama ni ?

Adoyai , esok exam la wahai mata . cuba la bertoleransi sikit dengan aku . sudah la tu . Apa yang susah sangat ni ? what is the problem ? tidoq ja kot .

Akhirnya aku bangun lalu duduk di meja belajar ku . Tidak mengapa wahai mata . mungkinkah aku yang bersalah ? fikiran mencerna kembali peristiwa sekitar “study week”. Oh, maafkan daku wahai mata . Baru ku tahu ,jam biologi badan ku telah berubah . Malam hingga ke pagi telah dikenal pasti sebagai waktu jaga ku . Inilah implikasi dari perbuatan ku beberapa hari yang lalu . Mata mula terpejam setelah jarum jam ke angka tujuh pagi .

Ya , Allah . semoga tiada kesulitan buat ku esok .

wekk , haha . mampuih la lepaih ni kalu tak dapat tidoq jugak . tak tau la nak buat camna lagi . take lesson ,lepas ni ikut jadual tidur yang betul-betul . jangan memandai berjaga sampai ke dinihari .

p/s : pandai kan aku guna bahasa melayu klasik . haha

No comments: