Tuesday, November 8, 2011

Asasi,Matrikulasi,Diploma atau Tingkatan Enam??

Assalamualaikum and salam 1blog,haha.Okey,memandangkan sekarang ni SPM candidates tengah berusaha sedaya upaya berjuang di atas papers mereka aku pun terfikir la nak tulis pasal tajuk ni.Bukan nak tunjuk pandai tapi just nak membantu they all,mana-mana yang belum tahu arah tujuan after SPM.Sebab aku pun macam tu jugak dulu,aku tak berlagak k.Dulu masa nak isi UPU,aku main hentam ja pilih asasi,yang lain pun semua aku isi.OOkeyy,i'll explain it one by one start with asasi.Nak sebab gak?sebab aku ambil asasi,haha.

Asasi or foundation
Ha,bagi aku la kan,asasi ni ialah jalan yang agak selamat la.Aku sekarang ambil asasi sains fizikal kat UIA(nak kecoh gak =P).Dia ni lebih kurang macam matriks la tapi lebih spesifik kot.Actually bila ambil asasi ni tak bermakna korang akan masuk kat uni yang sama bila buat degree nanti.Setakat yang aku tau la kan cuma UIA,UM and macam ada lagi beberapa U yang korang akan sure sambung degree kat U yang sama.kalau yang buat asasi kat U lain,nanti lepas asasi korang kena mohon UPU balik.Tapi aku rasa percentage untuk dapat kat U yang sama tu tinggi jugak kot,ntah la.So,jalan selamat korang mohon la buat asasi kat UIA or UM(saja nak pengaruh)..and bila kena mohon UPU nanti,korang kena compete ngan budak-budak matriks sekali,tapi tak sure gak kalu kena saing dengan budak baru abes SPM.


Matrikulasi or matriculation
Yang ni pulak,macam asasi lebih kurang.Lepas habis dekat matriks ni korang akan sambung degree or ijazah sarjana muda dekat U.and you all have to apply for the UPU la nanti untuk masuk ke mana-mana uni pilihan korang.Lagipun sekarang ni matriks dah guna cara baru,aku pun tak berapa nak paham.Actually aku tak ada niat pun nak paham sebab tak dak kaitan dengan hidup aku.Sekarang ni matriks guna 4 modul kalau tak silap aku,tapi tak dapat nak jelaskan secara detail apa modul-modul tu.By the way,sebelum aku lupa sijil matriks and asasi ni tak laku nak mintak kerja.just laku untuk sambung ijazah kat u,itu pun kalau layak la.So tak payah la nak pasang niat cari kerja lepas ni guna sijil matriks or asasi.Employers tak pandang pun sijil-sijil tu.And lagi satu,matriks dengan asasi ni menjimatkan masa korang,means cepat la habis study and cepat kerja.

Diploma
Diploma..diploma,apa aku nak bagitau ek.emm,diploma ni ambil masa sikit berbanding asasi and matriculation.Ada la dalam 3 tahun nak siapkan diploma ni.Tapi ada kelebihannya,itu pun kalau korang buat betul-betul and bukan takat nak ambil nama belajar.Lepas diploma korang dah boleh kerja but maybe salary kurang and susah la nak dapat kerja tu.Sekarang ni orang yang dah ada ijazah pun ramai lagi yang dok tanam anggur,competition sengit sangat.Semua orang dah jadi bijak pun susah jugak kan?haha.Better kalau korang ambil diploma la kan,korang sambung lagi ambil ijazah lepas tu.

Tingkatan enam or form six
Yang ni pun ada la lebih kurang kisahnya macam asasi atau matriks.Dah namanya pun pra-universiti kan.Lagi satu,kalau tak silap aku la bila mohon UPU nanti calon dari tingkatan enam dipilih lepas budak-budak lepasan SPM.If i'm not mistaken la,hee.Cuma,kalau masuk tingkatan enam ni ertinya korang belum lepas dari cengkaman sekolah,haha.scary me.Kena pakai baju sekolah,ikut peraturan sekolah yang kadang kala memang susah untuk aku patuh.Tapi kalau azam kuat ok la kut(kalau aku tak)

Tu ja la kot yang aku tau pasal semua ni,aku rasa mesti ada yang kecewa baca explanation aku ni.tak informative langsung.asyik-asyik tak tau,kurang pasti.haha.at least aku rasa aku ada la bagi idea buat siapa-siapa yang memang null pasal benda ni semua.But the most important thing yang korang kena buat is bertarung sehabis boleh jawab soalan-soalan exam tu.Ok,maybe aku tak layak nak bagi nasihat kat korang sebab aku dulu pun mana ada buat bagus sangat.tapi aku nak jugak nasihat sebab tak nak korang menyesal nanti,huhu.Break a leg,Assalamualaikum.

Nanti kalau sempat/rajin aku nak tulis pasal foundation kat IIUM pulak.insyaallah,jazakallahu khairan sapa-sapa yang baca entry ni.

No comments: