Saturday, May 2, 2015

Sepagi di kulliyyah of dentistry

Assalamualaikum, Starting from today until tuesday, i get to spend my time in my room aloneee. Alone. that's the most important part. why until tuesday? sebab orang lain cuti sampai isnin je. sebab hari selasa tu pahang diisytiharkan cuti peristiwa sempena penduduk rompin mengundi. yelah, mana boleh dia bagi cuti kat certain tempat je dalam satu negeri tu. anyway, im happy with it so no big deal why we got 1 more day off. Memandangkan hari khamis kami ada 1 kelas je, and jumaat selalunya free sebab kelas subjek mgt cuma dua minggu sekali. So hari khamis tu lepas kelas ramailah yang bertolak ke rumah masing-masing. Ada classmates kami yang lagi advance, diorang balik malam rabu and skipped the only vector analysis class on thursday :D. Lain ceritanya dengan aku, aku memang penduduk setia Uia tapi aku pun ponteng sama kelas terakhir hari khamis tu. Aku pergi buat treatment gigi. Macam tiada masa lain kan. Haaha. Bukannya aku sengaja skip kelas tapi aku ada sejarah yang lepas buat screening hari tu, beberapa sem berlalu dan pihak dentistry tak panggil pun aku untuk buat treatment. And I tried to contact sister senior ni, tanya dia perlukan patient lagi tak. and sad, she said she already had and suruh aku tunggu lepas dia settlekan patient dia. akhirnya hari ahad lepas sister tu contact aku and asked if i still need to do the treatment. Aku cakap nak buat scalling je actually. that's why i agreed and she also said i will be given a time off slip, so attendance aku bukan la dikira ponteng secara sengaja. Pukul 10 pagi tu aku sampai and the sister bring me inside to get the treatment. sebab dia baru lepas kelas waktu tu, so she and her partner busy la baru start siapkan peralatan semua. aku pun as the first timer was amazed with everything i saw. Lain suasananya dengan dental clinic yang pernah aku pergi. sebab semua pun student, diorang pun masih belum jadi doctor still practical. kakak-kakak tu baik, siap suruh aku pilih cerita dekat youtube sebab dekat seat nanti ada satu screen connected so bolehlah tengok cerita sambil buat rawatan. we started with few questions, regarding my health history. soalan tu boleh dikatakan bukan few la and ambil masa yang panjang. contoh, berapa kali gosok gigi dalam sehari, type of toothbrush, pernah tak hospitalized before, how many times you eat sweet foods in a week, and goes on. soalan ni agak-agak ambil masa setengah jam. lepas tu sister tu check gigi aku, pergh so many terms. this one also recorded by her partner. they need to do this sebab diorang kena record and later akan explain to their doctor. time kakak tu explain dekat doctor, aku pulak yang takut. sebab ada sekali tu salah grammar and doctor tu tegur. erkkk, kecut perut. macam ni rupanya jadi budak dentistry ni. then dapat approval dari doctor barulah treatment started. settle treatment, kena panggil doctor lagi untuk check betul tak student tu buat. the routine goes on dan settle la scalling. lastly, sister tu buat polishing. yang ni first time aku buat. i hate the taste. macam listerine. actually waktu aku first buat screening dulu, brother yang check tu suggest aku untuk cabut satu gigi bawah aku. bukan sebab dia rosak tapi mislocated. dia tumbuh ke dalam and berlapis. so gigi tu susah nak dibersihkan and area yang berlapis tu can't reach time gosok gigi. sejak gigi ni first time tumbuh pun dulu aku rasa pelik, macam mengganggu. dia tumbuh di gusi bahagian dalam. and kakak tu said nanti dia refer aku dekat team yang cabut gigi. huuuu, setelah sekian lama tak cabut gigi. i was unsure at first either i need to removed it or not. but then gigi ni bukannya ada faedah pun duduk macam tu dalam mulut aku.
ni aku belanja gambar depan kulliyyah of dentistry, kulliyyah yang bagi aku nampak paling mewah dan sememangnya mewah pun.

Thursday, April 30, 2015

my long lost blog

Salam. it has been so long since the last time i published something in this blog. because im an inconsistent person. haha. now i have many other hobbies that will come and go and come again. i tried crocheting, doodling, hiking, blablabla, enjoying my life, blablabla. so nak dijadikan cerita, i scroll la blog ni tengok mana-mana post yang terletak my picture or anything. i want to delete if i can find any. entahlah, sebab matang (menyampah haha) or because of safety reason aku kurang gemar publish gambar aku on social media. kurang gemar bukannya bermaksud tidak sama sekali ya. sekeping dua tu ada la juga, upload dekat instagram. maybe juga sebab tiba-tiba aku ada newest hobby which is tangkap gambar pemandangan and buildings. well, told you earlier hobby aku ni sangat bervariasi. haha haa, sambung kembali. bila aku scroll older post ada la beberapa post yang aku baca. and my reaction was like "awhhhh, did i wrote all these rubbish?!" hahaha. boleh dihidu gaya penulisan yang keanak-anakkan. it was so embarrassing. embarrassing and useless and and and i can't describe it. i think my face blushed even though im alone. hahaha. that's it.... ok, that's all actually i want to say. as usual im not good in concluding my post. even my essays. bet i will embarrass again if i read this when im older. haha

Tuesday, January 21, 2014

And now Im a physics student at IIUM Kuantan :D

Assalamualaikum wahai sesiapa yang sedang membaca... Sejajar dengan umur dan tahap pendidikan saya, maka saya akan menulis di dalam blog ini dengan lebih matang dan berilmu. Hikhik. Sebenarnya aku plan tulis benda ni time awal-awal aku masuk campus Kuantan dulu. Tapi disebabkan kekangan masa, kejutan budaya dan segala macam lagi kejutan serta pelbagai alasan yang lain, maka baru hari ni aku berjaya menyiapkan post ini. Hah, sekarang aku dah jadi pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang fizik. Atau secara formalnya yang tertulis di atas offer letter Bachelor of Science (Physics). Aku apply mathematics but tetiba dapat Physics. Aku pun kerana malas menguruskan segala macam perkara stay je lah kat course ni. Lepas ni, budak-budak kat CFS yang dapat offer macam aku boleh la baca post ni. Untuk menguatkan azam korang dan menyemarakkan semangat korang sebelum perlahan-lahan jadi layu nanti. Haha. Chill je, bidang ni tak ada lah susah sangat. Aku je yang sengaja menyusahkan diri sebab actually tak layak pun belajar bidang sains macam ni. Okey, first thing yang korang akan rasa bersyukur bila masuk course ni ialah classmates yang sedikit. Kitorang selaku first batch cuma ada 35 orang kalau tak silap. But now ada 2 new courses lagi yang jumlah lebih kurang kita, Plant Science and Marine Science. classmates yang sedikit also means everyone boleh dapat perhatian dari lecturer. berbanding kelas yang ramai student, kau duduk belakang pun still boleh dengar dengan jelas lecturer mengajar. During first briefing waktu taaruf week nanti you guys insyaAllah will meet our HoD(Head of Department) ialah Dr.Jesni. Beliau sangat baik, sempoi, santai tapi juga sangat beretika. Korang sure akan suka dia bila dah jumpa nanti. And ada ramai lagi lecturer lain yang kalian temui nanti but the thing is we got only one female lecturer in our department, for now la. Alhamdulillah our lecturer baik-baik belaka. Setakat yang aku tahu, student Physics akan menjalani both latihan industri dan final year projek. first and second year, kita just ambil core subjects macam biasa, kulliyyah requirement subjects (mgt, islam & science, computer) and university requirement (ungs, rkud, leadership, parenting, skill). then third year we will take concentration subject for one semester. the next semester we will then started our industrial training for 6 month which include our 3 months holiday (im sorry if i give wrong informations as now im still in my 2nd year). then 4th year kita akan masuk uia to do our final year project and habiskan subjeksubjek lain based on our study plan. nak bagitahu awal-awal, study plan kita sedikit pelik dari kos lain. contohnya, kita ambil mgt during our 3rd sem, 2nd year when our friends from different course take it during first year. tapi kalau nak compare, jadual kita kurang padat. but still words like "busy" and "tiada masa" comes from our mouth. hahaha. entah aku sendiri keliru. P/S:this is the edited version and banyak penambahan berbanding the first post hari tu. i know this post agak bercelaru, but i hope it helps. and yeah feel free to ask if you are curious about something.

Saturday, December 28, 2013

My First Final Exam as a Physics Student

Assalamualaikum, Kepada sesiapa yang membaca coretan ini, samada dengan niat ataupun secara tidak sengaja jari terklik link ke entry ini. Esok or shall I say today (it's already 2 am right now) bermulalah minggu exam pertama bagi students Physics UIAM Kuantan nih. Yalah, first batch katakan. Esok Islam & Science, subjek yang perlu banyak membaca dan bukannya sekadar menghafal tak tentu hala. Dan exam aku berakhir pada 11/01/2014, yakni tahun depan. Saja nak mention tahun depan, padahal ada berapa minggu ja pun. Dan aku dengan tak habis bacanya lagi, gatai nak tulis entry pulak. So, sampai di sini sajalah coretan hamba buat kali ini. Mohon pada yang terbaca entry ini, doakan saya dapat result yang elok :) Pakat ramai-ramai doakan saya, biar elok sikit result nanti. Hee. #firstfinalexam #prayforme

Tuesday, July 9, 2013

Popularity of the first child

Assalam. Hey, it has been a verrrry long time since i wrote something here. Hehe. But I think it should be no problem since I already confess that I don't have any intention of being a 'blogger yang tegar'. Also, I didn't expect someone to be waiting for any entry from me. Such an infamous blogger :'(. Hairan aku berbahasa Inggeris? Yalah, sekarang ini kan aku sedang bercuti. Tiga bulan pulak tu - Yeay! Sebulan puasa and raya duduk rumah! Haha - berbelit lah lidah hamba hendak berbahasa Inggeris masuk degree nanti - Yeay! Bulan september register degree! And esok dapat offer letter! Haha saja buat Ads sikit -. Haritu pun time aku call kawan aku - actually I usually lost contact with my friends during holiday - dan dia dengan berjenaka menggunakan bahasa Inggeris dengan aku. Dan aku agak hesitant untuk membalas dalam bahasa yang sama, it just sound awkward. Dan adakah kalian perasan dengan penggunaan bahasa Melayu aku yang terlebih baik kali ini? No more short form! Impressive right? :P Okey, sudah-sudah lah melalut yang bukan-bukan. Sudah masuk perenggan ketiga belum juga sentuh pasal tajuk. Macam ni sebenarnya, ada lah suatu ketika tu aku tiba-tiba terfikir mengenai betapa popularities of the first child dalam kalangan suku kaum Bisaya sangatlah besar. Sebab apa? Sebabnya begini. Suku kaum Bisaya nih actually ada satu kebiasaan yang sudah berlaku sejak turun-temurun lagi. Ibu bapa biasanya akan diberi nama gelaran berdaarkan nama anak sulung mereka. Tiada diskriminasi jantina yang terlibat kerana perempuan atau lelakinya si anak sulung tidak membawa apa-apa kesan. Contohnya jika diterjemah dalam bahasa Melayu ialah bapa/ayah si fulan. Begitu juga yang berlaku dengan si ibu. Jadi kebanyakan orang akan memanggil mereka dengan gelaran tersebut. Of course we added suitable title such as Pak Cik and Mak Cik. Cuma ibu bapa yang masih muda - yang baru saja menjadi ibu bapa sekitar dua tiga tahun belakangan ini - kebanyakannya?(I'm not sure about the statistic) sudah tidak dipanggil dengan gelaran begitu. Apa tidaknya jika nama si anak panjang berjela. Malah semakin ramai yang meletakkan nama ala-ala nama bangsa berkulit putih. Haha. That's all I can write about the title. Kihkih. Someone might thinks, 'there is no need to make fuss about it'. But I think it is one of the way to show off to people about the uniqueness of Bisaya. ALright, I'll stop here. However there is something I haven't mentioned. Actually I have a dream to be a writer - novelist lebih tepat - tapi belum punya keyakinan. Lagipun fikiran aku berubah-ubah dan yang paling susah ialah menghasilkan penutup yang indah. Maybe one day I'll post some of it here. Berdoalah agar idea datang mencurah-curah setiap hari ya kalian. This time I'll really stop. Sorry for my bad English and melalut yang bukan-bukan. Salam Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi. See ya again :).