Wednesday, December 7, 2011

Terharunya saya~


Assalamualaikum.Malam ni ingat x nak buka blog hatta internet pun tapi tetiba datang ingatan untuk tulis benda ni.Okay,aku mengaku yang aku tengah kekeringan idea sekarang.Nothing happened,just rutin hidup yang biasa.x baca any article or book yang aku akan jadi komentar.huhu.

Cerita ni jadi hari Isnin baru ni,at my daddy’s office.Begini kisahnya,semua dok diam and dengar ya.Hari tu aku teman kakak aku pegi pekan.Dia punya medical checkup ada prob sikit.Lepas habis segala urusan di hospital tu kami pun sambung lagi jalan kejap.Then afternoon tu aku naik atas pegi office bapa aku,ingat ajak dia lunch sekali dengan kami.Bukan pasal aku rajin sampai sanggup naik atas tapi handphone my dad tinggal kat rumah.

Dalam aku segan-segan tu pegi jugaklah atas.Masuk dalam office tengok kaunter kosong,xkan masuk dalam tempat staff pulak.segan la eden.Tunggu kejap and ada la sorang pompuan tu keluar.Officemate my father la,dia cakap maybe diorang(my father and his friends) tengah solat kat masjid.Lagipun memang tengah aku naik tu baru masuk azan zohor.Aku pun ok la,maybe dia tengah solat la tu kot.Nak turun bawah la.

Tetiba pompuan tu tanya aku,aku anak yang keberapa?semestinya aku jawab dengan bangga,last child ni.haha.Lepas tu terus dia tanya aku macam-macam lagi.Macam dah mesra ja gaya,padahal first time kot jumpa dia.cerita punya cerita rupanya dia nak turun sekali kat bawah.Aku pun apalagi,mula la keluar gaya sopan.Berlakon sekali sekala,apa salahnya.haha

Soalan mula dari aku anak ke berapa,melarat-larat sampai aku belajar kat mana.sekolah dulu,result PMR?pelik jugak.Tapi lagi pelik sebab dia tau before aku masuk sbp aku sekolah lain.Yalah pelik sebab aku rasa amat la tidak sesuai bagi kaum lelaki seperti bapa aku untuk menghebahkan kat kawan-kawan pejabat dia pasal anak.Kan?isu macam ni selalunya mak-mak yang suka.Tapi yalah,maybe kalau usia macam mereka keadaan memang macam tu or bukannya bapa aku yang beria cerita.

Dan disitu la perkaitannya dengan rasa terharu aku.Masa tu dah sampai bawah and dia tanya macam mana aku study dulu.Kira macam minta tips la sebab result aku kira ok la kot.Sebab aku dah bagitau dia result PMR aku.and dia cakap,yalah spm aku dulu dapat 9a sebab dia ada nampak copy result aku kat abang aku dulu.lagi dia cakap,kami kagum la jugak.and that's it.aku teharu sebab dia cakap kagum dengan result aku.

bukan bangga or apa but terharu.sebab kat rumah ni belum pernah ada sesiapa pn cakap macam tu.semua buat macam biasa and memang la ucap congrate jugak.walau macam mana pun result yang aku dapat.uwaa,rasa sejuk hati aku dengar.sungguh aku x sangka ada orang akan cakap macam tu dengan aku.Ada orang boleh kagum dengan aku??huhu.

Tapi bab minta tips macam mana aku study tu memang x jawapan yang pasti.yes,sebab aku dulu tidur ja selalu.study ikut mood and jarang aku ada mood untuk study.tapi jangan ikut la cara aku ni,nasib masing-masing x sama.maybe just my good luck.tu la kot sebab aku x jadi the best student,kecewa nanti orang bila tanya study macam mana.haha

3 comments:

D-SIM said...

yeah..mungkin sbb family kita dah biasa dgn rslt kira yg sebegitu rupa..
mcm kat sbp..dpat 9a cikgu xlaa beria sgt jika dibandingkan dgn org2 lain sbb cikgu dah 'ralat' dgr kejayaan anak muridnya

Anonymous said...

owh,begitu rupanya. so,for ur information.. kami (ur family) pun rasa kagum n bangga gak tapi x kan lah mau uar-uarkan. nnt kau kembang.hahaha..

fleurmj said...

ouh,begitu ya my family??ok,just wanna say yg i terharu :p